
KATEGORI:
Lukisan Batik
KRAF SELANGOR: Piala Tengku Permaisuri Selangor Mempelawa pelukis menzahirkan cerita di sebalik lukisan batik. Penyertaan adalah percuma.






PENYERTAAN
✓
Penyertaan adalah terbuka kepada peserta perseorangan (1) sahaja.
✓
Terbuka khusus kepada warganegara Malaysia yang telah mencapai umur lapan belas (18) tahun pada tarikh penyertaan.
✓
Tiada yuran penyertaan
✓
Kategori ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia termasuklah individu yang merupakan siswazah dalam bidang seni visual, pengkarya seni sepenuh masa atau individu yang menghasilkan karya seni sebagai hobi mahupun pelukis profesional.
✓
Peserta boleh mengemukakan penyertaan dalam kedua-dua kategori pertandingan, tertakluk kepada syarat bahawa setiap penyertaan memenuhi kriteria kategori masing-masing.
✓
Penyertaan adalah terbuka kepada peserta perseorangan (1) sahaja.
JADUAL
ISNIN
26 OKTOBER 2026
Tutup Penyertaan – 1.00 petang
RABU
28 OKTOBER 2026
Pengumuman layak Peringkat 02
ISNIN–RABU
2–4 NOVEMBER 2026
Pengumuman layak Peringkat 02
SABTU
14 NOVEMBER 2026
Pembentangan & Pengumuman Pemenang
TEKNIK
SAIZ WAJIB KARYA
5 kaki
×
5 kaki
*Tidak termasuk bingkai
Tema WAJIB bermotifkan identiti Selangor — warisan, budaya, alam semula jadi atau keunikan Negeri Selangor.
Teknik BATIK sahaja sebagai medium seni. Material permukaan bebas — tidak terhad kepada fabrik, dan gabungan fabrik dibenarkan.
Karya seni digital, pemasangan (installation) dan arca tidak layak dipertandingkan.
Karya mestilah asli dan terkini — belum pernah memenangi atau menerima pengiktirafan dalam mana-mana pertandingan lain.
Satu (1) karya sahaja bagi setiap peserta, dihantar secara dalam talian melalui portal rasmi pertandingan.
Pernyataan Karya (Artist Statement) maksimum 350 patah perkataan diwajibkan bersama penyertaan.
Imej karya: resolusi minimum 300 DPI, saiz fail maksimum 25 MB, format JPEG atau PNG.
Pembingkaian karya diwajibkan bagi peserta yang disenarai pendek ke Peringkat 02.
Penilaian
Keputusan panel hakim
Muktamad
Aspek Penilaian Karya
5 Aspek
Mesej
01
Kreativiti
02
Komposisi
03
Teknik
04
Subject Matter — Motif Identiti Selangor
05
Panel & Keputusan
Nota
Dinilai panel hakim: pelukis, pakar seni & pembatik berpengalaman
01
Keputusan panel hakim adalah muktamad — rayuan tidak akan dilayan
02
Hadiah boleh tidak dianugerahkan jika karya tidak mencapai standard
03

FORMAT PERTANDINGAN
01
PERINGKAT 01
Saringan Dalam Talian
Daftar dan muat naik imej karya melalui portal rasmi. Sertakan Pernyataan Karya (Artist Statement) maksimum 350 patah perkataan — sumber inspirasi, konsep serta bagaimana elemen Negeri Selangor diterjemahkan ke dalam karya.
02
PERINGKAT 02
Penyerahan & Pembentangan
Peserta disenarai pendek WAJIB membingkaikan karya. Penyerahan fizikal pada 2–4 November 2026 (11.00 pagi–5.00 petang) — lokasi dimaklumkan melalui telefon dan/atau emel. Lukisan yang belum kering sepenuhnya tidak akan diterima. Pembentangan: 14 November 2026.
Syarat - Syarat Penyertaan
Lukisan Batik
Semua maklumat hendaklah ditaip dalam HURUF BESAR. Semua medan adalah wajib. Gambar karya akan digunakan untuk saringan pusingan pertama.